Pengemaskinian Data e-Operasi Melalui Sistem On-Line
Pengemaskinian Data e-Operasi Melalui Sistem On-Line
Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2011 sistem e-operasi akan bermula dengan Modul Maklumat Guru bagi tujuan pertukaran bulan Jun 2011.
2. Sehubungan dengan itu, semua guru diminta melihat dan mengemaskini data masing-masing menggunakan sistem e-operasi yang dibuka secara on-line oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengemaskinian data bermula pada 1 Mac hingga 27 Mac 2011. Sila semak data dan kemaskini maklumat guru dengan Guru PK1. Pengemaskinian ini penting bagi memastikan data guru adalah tepat dan betul sebelum permohonan pertukaran dilakukan pada bulan April 2011.
3. Bagi tujuan pengemaskinian data e-Operasi, semua guru boleh melayari laman sesawang http://apps.moe.gov.my/eoperasi. Untuk menggunakan sistem e-Operasi ini, guru perlu klik pada Daftar Masuk dengan mengisi beberapa maklumat. Bahan taklimat bagi modul maklumat guru boleh diperolehi setelah tuan membuat pendaftaran masuk
.
4. Dimaklumkan juga, permohonan pertukaran guru antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) adalah melalui e-GTukar dan akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.











